September 2, 2008

Butter-Nestum Prawn

Bahan-bahan


  • 1kg udang basah

  • 3 ulas bawang putih

  • 10 tangkai cili padi

  • 2 tangkai daun kari

  • 1/2 cawan susu cair

  • 4 sudu besar butter

  • 2 sudu besar tepung beras

  • 1/2 cawan nestum

  • Garam dan lada

  • Minyak

  • 3 biji telur



Cara-cara

  1. Gaul udang dengan garam dan lada sulah. Kemudian goreng setengah masak. Angkat dan toskan minyaknya.

  2. Sementara itu, pukul telur, mentega, susu cair dan tepung beras. Ketepikan.

  3. Panaskan minyak dan tumiskan bawang putih bersama daun kari hingga garing. Kemudian masukkan udang. Sebatikan sehingga udang masak.

  4. Tuangkan adunan yang dipukul tadi. Gaul rata. Akhir sekali taburkan nestum.

1st trail - Saturday, 30/8/2008

Butter prawn:

udang

bawang putih

susu

butter

tepung

garam dan lada

5 comments:

Anonymous said...

erm, nyaman eh...
resepi ikan siakap ada sik?

Rajin-rajinlah memasak.Chiow

lvynana said...

Ikan siakap? camne rupa nya pun gue ngak tau deh..tunggu kamek google lok auk :P

Anonymous said...

ikan siakap nak selalu masak sweet n sour ya. Carik k. Awak kan rajin memasak srang. :P.
Lawa lah blog cik kak.hehehe

lvynana said...

cik dik bila mok update blog, dah berkulat dah oi..

Anonymous said...

tok kamek dapat dari cook di hilton. Mungkin camtok cara dak hilton molah butter prawn, kasya kita dicharge nya sampe beratus-ratus. Ish, ish...

BUTTER PRAWN (HILTON RECIPE)

Udang (tak perlu buang kulit)
Tepung jagung
minyak
½ sudu marjerin planta

a. Cili + daun kari (dipotong halus)
b. 2 sudu susu cair F&N
c. Sedikit gula, garam & ajinomoto


step-by-step:


1.uli udang dengan tepung jagung

2.goreng udang dalam minyak yang banyak (separa masak) - toskan.

3.campurkan bahan a + b+ c dalam 1 bekas – digaul rata

4.masukkan udang yang telah ditoskan tadi ke dalam bekas (step 3) – gaul rata

5.goreng udang (step 4) dengan planta