Title and enclosure links Enable link options in post editor General Use Blogger draft Edit Profile View profile

April 25, 2020

Lepat Ubi Kayu

The original recipe:

Bahan
  • 4 cawan ubi parut (kalau belum parut/kisar dlm 1 1/2 kg ubi)
  • 1 1/2 cwn kelapa parut (putihnya saja)
  • 1/4 cwn santan pekat  
  • 1 1/2 cwn gula apong/gula melaka
  • 2 sudu besar tpng ubi 
  • Sedikit air
  • 2 helai daun pandan
  • secubit garam  
  • Daun pisang secukupnya, layukan dan lapkan bersih
Cara-Cara
  1. Parut ubi kayu dan dapatkan dlm 4 cwn ubi yg telah diparut.
  2. Perah dengan tangan untuk buang sikit air nya, supaya tidak terlau cair.
  3. Masukkan kelapa parut, garam, gula pasir, santan pekat, tepung ubi dan air gula melaka.
  4. Gaul rata semuanya dan ketepikan dulu.
  5. Ambil daun pisang bersih tadi dan sudukan 2 sudu besar ke atas daun. Lipatkan kanan kiri dan bungkus dngn kemas. Bungkus sehingga habis adunannya.
  6. Kukus lepat ubi selama 40 minit. Siap.
Since I am making this during MCO, I have to change a bit the recipe. Tetap sedap juga, jangan risau. Yang penting bahan utama ubi kayu, gula melaka, garam, dan santan kotak, sikit jer, jangan banyak, nanti cair.  Sedikit air untuk cairkan gula melaka, lain kali saya nak gula air tapisan ubi tu, biar kao sikit.  Saya tak letak tepung, saya prefer rasa ubi kayu pure.










No comments: