November 30, 2010

Pai Kentang / Shepherd's Pie

Kulit pai
Sekilo kentang yang sederhana besarnya, direbus hingga empuk
Lenyek kentang yang dah direbus ya, dan masukkan sesudu the garam, sesudu teh mentega dan sesudu teh lada hitam, sedikit mayonise (optional)
Gaul bersama hingga sebati.
Asingkan.
Inti pai
2 – 3 biji kentang dipotong dadu. Lagi halus lagi baik.
1 peket mince beef/ chicken
Bawang besar dihiris halus
Sedikit halia (ditumbuk dan digaul bersama beef/chicken – elak hanyir)
Sesudu lada hitam
Sesudu besar tepung jagung

CARA-CARA :
Goreng suku bawang besar yang telah dihiris dahulu sehingga naik baunya.
Masukkan mince beef/ chicken, kentang dadu, kicap cair (sesudu besar), sesudu teh lada dan goreng sehingga kentang empuk.
Ambil sesudu besar tepung jagung dan cairkan, selepas itu, masukkan di dalam bahan tadi.
Acuan pai dilapis dengan mentega keseluruhannya dan ratakan sebahagian kentang lenyek di dalam nya dan di tepi acuan.
Masukkan beef/ chicken yang telah digoreng tadi dan ratakan di dalam acuan. Selepas itu tutup dengan kentang lenyek tadi (ratakan)
Sapu kuning telur atau taburkan cheese di atas adunan
Masukkan dalam oven, panaskan sehingga adunan kelihatan keperangan.
1st trial Nov 2010
  • Daging RM6
  • Kentang 3 biji
  • Bawang besar 1 biji
  • minus egg and cheese - kalau ada pasti lagi sedaap!

No comments: