January 21, 2014

Pulut dalam periuk kera (pitcher plant)

Bahan-bahan:
Pulut
Santan
Garam
Periuk kera yang dah dibersihkan

Cara-cara:
1. Bilas pulut sehingga air nya bersih, rendam seketika.
2. Panaskan air dalam kuali untuk stim nanti.
3. Masukkan pulut ke dalam periuk kera sehinnga 1/3 penuh.
4. Masukkan santan yang dah campur dengan garam sehingga 2/3 penuh.
5. Masukkan ke dalam kuali untuk di-stim selama lebih kurang setengah jam.
6. Periksa sebelum masak sepenuhnya, tambah sedikit baki santan tadi jika perlu (jika anda rasa pulut terlalu kering).
7. Setelah masak boleh la dihidang bersama kari/rendang/kerisik atau bole dimakan begitu sahaja.

2017:
 


1st trial 28 Dec 2013:
Periuk kera yang dah bersih dicuci dan pulut yang direndam

 Pulut yang dah dimasukkan dalam periuk kera

 Masukkan santan dan stim

Dah siap

Nota:
* saya buat versi yang kosong sebab anak-anak gemar makan yang kosong.  Anda boleh juga tambah inti seperti sambal udang kering atau kacang tanah.
* saya guna pulut lembut bario, jadi saya cuma perlu rendam selama beberapa minat sahaja.  Jika anda guna pulut biasa, rendam dulu paling kurang selama 1 jam dan masukkan ke dalam periuk kera sehingga setengah penuh.
* cara makan sama seperti lemang atau ketupat.

4 comments:

Sharon D. said...

Wow...this is amazing! Can I use any periuk kera for this or is there a particular variety I should look out for? :)

Rose world said...

Ate this pulut once. A friend made and gave me some to eat. Something different in term of packaging. ;)

Ezvina said...

Sharon: Normally we use the short and round type, never use the slim and long one. I think it just for convenient only, easy to put in the pulut.

Rose: I love thinking this and its so easy to make. I love lemang too, but the hardwork, the fire heat.. no I'm not going to make a lemang anytime soon ;)

Sharon D. said...

Thanks Ez Vina..now to go cari some ^.^