November 14, 2014

Puding oreo lapis milo

Bahan-bahan

  • 1 packet agar-agar putih
  • 750ml air
  • 150g gula
  • 1 tin susu cair,
  • 2 tablespoon tepung kastard
  • 3/4 cup milo
  • 1 pacaket oreo

Cara Membuatnya

  • Larutkan agar-agar dalam air
  • Masukkan gula
  • Tuang susu cair sentiasa kacau
  • Campurkan tepung kastard yang dibancuh dengan sedikit air, tuang sikit demi sedikit, kalau tuangkan terus dalam agar-agar nanti jadi berketul.
  • Sentiasa kacau sampai pekat dan mendidih
  • Perlahankan api
  • Asingkan 2 cup agar-agar dalam periuk lain
  • Masukkan milo kacau sampai rata dan asingkan juga kepada 2 bahagian
  • Perlahankan api, mula untuk melapis agar-agar

Cara Melapis Puding

  • Masukkan 1 bahagian milo ke dalam acuan
  • Setelah keras sedikit, masukkan agar-agar putih (susu) bersama biskut oreo yang dipatah-patahkan
  • Masukkan agar-agar putih dalam bekas puding dan patah-patahkan biskut oreo
  • Tunggu agar-agar keras sikit, masukkan lapisan milo yang terakhir
  • Sejukkan di dalam freezer dan esok dah boleh dihidangkan

1 comment:

Navaneetham Krishnan said...

Thanks for coming to my blog. I like this dish tapi tak pandai masak.