May 9, 2017

Pulut Mangga (Mango Sticky Rice)

Makanan yang sangat femes di Thailand, kat Kuching susah nak cari, kalau ada pun mahal, paling murah RM10 per serving.  Asyik-asyik alasan mango takde stok.  Susah-susah beli jer mango sendiri, buat kat rumah, simple je pun.  If possible get a Thai Mango, sweet, soft and silky texture.  Saya beli di Choice Premier 101.

Bahan-bahan (untuk 4-6 orang)

  • 1 cawan pulut
  • 1 kotak santan
  • 2 cubit garam
  • Sesudu gula
  • Daun pandan
  • 2-3 biji mangga
  • Yellow mung beans - dry fry (optional)

Cara-cara (caranya agak sama dengan Pulut Durian)
  • Untuk Pulut - kalau nak kukus kena rendam 3 jam atau semalam terlebih dahulu. Saya guna pulut Bario (pulut lembut) jadi saya masak seperti beras biasa dengan air, sedikit santan, garam, gula dan daun pandan.
  • Kacau pulut tu masa dah nak masak untuk memastikan santan benar-benar bercampur, kalau pulut agak kering, boleh tambah sedikit air lagi.
  • Untuk pengat/kuah santan - masukkan sedikit air ke dalam periuk kecil bersama gula, daun pandan dan secubit garam, kalau dah mendidih boleh la masukkan santan.
  • To serve - letak pulut dalam pinggan bersama potongan mangga, siramkan dengan kuah santan tadi, dan tabur yellow mung beans yang dah digoreng kering.

2 comments:

Rose World said...

This is yummy!!

Ez Vina said...

Yup. Yummy and easy to prepare.