July 12, 2017

Kek Lapis India Cadbury

Bahan-bahan: loyang 9" x 9"

  • 450g mentega berkualiti tinggi
  • 120g tepung hong kong / tepung gandum (diayak)
  • 220g gula halus
  • 10 biji telur
  • 100g tepung biskut marie
  • 65g serbuk horlicks
  • 50g serbuk santan (1 packet or 50g tepung)
  • 300g susu pekat manis
  • 2 bungkus kepingan coklat Cadbury
CARA:
  1. Panaskan oven pada suhu 170 ~ 180 C.
  2. Sediakan loyang kek dan griskan dengan mentega pada dasar loyang sahaja.
  3. Ketepikan.
  4. Dalam bekas pemutar, putar mentega dan gula hingga kembang dan berkrim.
  5. Masukkan telur satu persatu sambil diputar perlahan.
  6. Masukkan tepung biskut marie, horlicks dan tepung, santan dan susu pekat sedikit demi sedikit.
  7. Putar lagi hingga sebati.
  8. Masukkan pewarna kuning jika suka.
  9. Kacau lagi sebati.
  10. Ambil 7 sudu besar adunan dan ratakan ke dalam loyang dan bakar hingga keperangan.
  11. Anggaran masa membakar 10 minit bergantung pada kepanasan oven
  12. Pada lapisan pertama guna api atas dan bawah.
  13. Untuk lapisan seterusnya tukarkan pada api atas sahaja
  14. Selepas membakar satu lapisan jangan lupa untuk menekan permukaan atas kek supaya kek padat dan membuang segala gelembung udara.
  15. Ulangi lapisan dan susunkan kepingan coklat pada setiap lapisan yang ketiga.
  16. Sejukkan kek sebelum dipotong.

Nota:

  • Biskut marie dikisar halus dan diayak baru ditimbang.
  • Serbuk Horlicks boleh digantikan dengan serbuk nestum.
  • Susu dan gula boleh dikurangkan atau dilebihkan mengikut citarasa sendiri.
  • Gunakan mentega yang berkualiti tinggi untuk dapatkan hasil yang baik. Contoh jenama Anchor dan SCS.
  • Acuan saiz 9" x 9" digunakan untuk kek yang tidak terlalu tinggi. Boleh juga menggunakan loyang 8" x 8".
  • Cara menyusun coklat : Bakar adunan terlebih dahulu. Kemudian susunkan coklat secara rawak. Tutupkan coklat dengan adunan seterusnya dan bakar hingga keperangan. ATAU masukkan adunan dan susunkan coklat secara rawak dan bakar. Terpulang pada keselesaan masing-masing.
  • Setiap layer dibakar/digril lebih kurang 7-10 minit mengikut kepanasan oven masing-masing.
  • Untuk mendapatkan lapisan yang cantik, setiap lapisan di sukat dengan tepat.
  • Jangan sapu butter pada sekeliling loyang hanya sapu butter pada dasar loyang sahaja dan lapis dengan kertas kek pada dasarnya ~ proses ini untuk dapatkan hasil lapisan yang rata dan tidak beralun.
  • Jangan lupa untuk menekan dengan perlahan permukaan kek, selepas setiap lapisan di bakar ini bertujuan untuk menghilangkan gelembung udara yang terperangkap di dalam kek.
  • Untuk mendapatkan potongan kek yang cantik, sejukkan dahulu kek di dalam peti ais. Kemudian potong dengan pisau yang tajam.
  • Cara menyimpan kek, balut kek dengan plastik atau dengan aluminium foil dan simpan di dalam bekas kedap udara. Simpan di dalam peti ais.

No comments: