February 14, 2014

Ikan Masak Asam Pedas

Bahan-bahan:

500gm ikan - dibersihkan & dipotong (ikan pari, bawal, tongkol)
3 sudu besar minyak untuk menumis
700 ml air 

1 batang serai - diketuk
2 sudu besar air asam jawa
garam & gula secukup rasa

Bahan yang ditumbuk - 6 ulas bawang, 3 ulas bawang putih, 1/2 cm halia, 1 cm belacan, 1 cawan cili kering (rendam dulu)
Sayur - kacang bendi, tomato, carrot

Daun kesum & bunga kantan jika perlu

Cara-cara memasaknya:

  1. Panaskan minyak dalam kuali, tumiskan bahan yang ditumbuk sehingga kekuningan.
  2. Masukkan serai dan air, air asam jawa dan ikan pari.
  3. Masukkan garam & gula secukup rasa.
  4. Masukkan carrot, daun kesum & bunga kantan jika perlu.
  5. Masak sehingga mendidih dan pekat.
  6. Masukkan sayur lembut yang lain. 
  7. Angkat dan hidangkan.

1 comment:

Sharon D said...

Thanks for the recipe, Ez Vina. This sounds great!