November 14, 2019

Kek Lapis Cheese Permaidani


Bahan A
  • 500g Mentega (Anchor)
  • 400g Cream Cheese
  • 140g Gula Halus
  • 1 Sudu makan Ovalet
  • 10 Biji Telur Gred A / 11 biji untuk Gred D / 9 biji untuk Gred AA
  • 1 tin kecil susu manis
  • 70g Horlick
  • 240g tepung Hong Kong
  • 2 Sudu Makan Golden Sirap
  • 100g Tepung Ice Cream Vanilla
  • Pewarna Putih
  • Pewarna Ungu (purple)

Bahan B
  • I bungkus kuih bahulu atau (100g) kek span (dihancurkan menjadi serbuk), dibahagi 3 bahagian.
  • Pewarna merah, biru, purple.

Cara-cara
  1. Pukul mentega, gula, ovalet dan cream cheese sehingga kembang dan sebatu.
  2. Masukkan telur satu persatu, putar sehingga sebati
  3. Masukka susu manis, horlick, tepung Hong Kong, golden sirap dan tepung ice cream powder, gaul sebati
  4. Masukkan pewarna putih dan gaul sebati
  5. Ambil sedikit adunan (6 senduk) untuk atas dan bawah, warna purple.
  6. Ambil 5 sudu makan atau sesenduk dan tuang ke adalm acuan 9x9.
  7. Bakar menggunakan api atas sahaja.
  8. Tabur serbuk kuih bahulu yang telah diwarna sebelum dibakar.
  9. Bkar sehingga masak dan tuang lagi adunan dan ulangi sehingga habis.
  10. Sejukkan sebelum dipotong.

No comments: