Title and enclosure links Enable link options in post editor General Use Blogger draft Edit Profile View profile

August 11, 2008

Bahan-bahan ( 8 org )

  • 1 kilo ikan kembung/ selayang
  • 300 g tepung kanji/ubi @ seeloknya tepung sagu
  • sedikit tepung gandum
  • sedikit garam
  • beberapa ketul kiub ais/air batu
  • Air secukupnya

Cara-cara

  1. Asingkan isi ikan dari tulangnya, kemudian kisar.
  2. Sambil kisar isi ikan tadi masukkan kiub ais tadi sikit demi sikit.
  3. Gaulkan tepung bersama dengan isi ikan tadi sambil masukkan sedikit garam dan air.
  4. Akhir sekali uli bahan-bahan tadi bentukkan menjadi bulat memanjang dan rebus kedalam air mendidih. bila dah timbul, angkat, sejukkan dan bolehlah goreng.

sos:

3 sudu besar cili blend
sedikit gula melaka
1 sudu kecil asam jawa (bancuh dgn air)
2 sudu besar gula
1/2 sudu kecil garam
2 sudu besar cuka
1 sudu besar tepung jagung utk memekatkan sos
2/3 cawan air

No comments: