Title and enclosure links Enable link options in post editor General Use Blogger draft Edit Profile View profile
Showing posts with label Pulut. Show all posts
Showing posts with label Pulut. Show all posts

May 9, 2017

Pulut Mangga (Mango Sticky Rice)

Makanan yang sangat femes di Thailand, kat Kuching susah nak cari, kalau ada pun mahal, paling murah RM10 per serving.  Asyik-asyik alasan mango takde stok.  Susah-susah beli jer mango sendiri, buat kat rumah, simple je pun.  If possible get a Thai Mango, sweet, soft and silky texture.  Saya beli di Choice Premier 101.

Bahan-bahan (untuk 4-6 orang)

  • 1 cawan pulut
  • 1 kotak santan
  • 2 cubit garam
  • Sesudu gula
  • Daun pandan
  • 2-3 biji mangga
  • Yellow mung beans - dry fry (optional)

Cara-cara (caranya agak sama dengan Pulut Durian)
  • Untuk Pulut - kalau nak kukus kena rendam 3 jam atau semalam terlebih dahulu. Saya guna pulut Bario (pulut lembut) jadi saya masak seperti beras biasa dengan air, sedikit santan, garam, gula dan daun pandan.
  • Kacau pulut tu masa dah nak masak untuk memastikan santan benar-benar bercampur, kalau pulut agak kering, boleh tambah sedikit air lagi.
  • Untuk pengat/kuah santan - masukkan sedikit air ke dalam periuk kecil bersama gula, daun pandan dan secubit garam, kalau dah mendidih boleh la masukkan santan.
  • To serve - letak pulut dalam pinggan bersama potongan mangga, siramkan dengan kuah santan tadi, dan tabur yellow mung beans yang dah digoreng kering.

January 21, 2014

Pulut dalam periuk kera (pitcher plant)

Bahan-bahan:
Pulut
Santan
Garam
Periuk kera yang dah dibersihkan

Cara-cara:
1. Bilas pulut sehingga air nya bersih, rendam seketika.
2. Panaskan air dalam kuali untuk stim nanti.
3. Masukkan pulut ke dalam periuk kera sehinnga 1/3 penuh.
4. Masukkan santan yang dah campur dengan garam sehingga 2/3 penuh.
5. Masukkan ke dalam kuali untuk di-stim selama lebih kurang setengah jam.
6. Periksa sebelum masak sepenuhnya, tambah sedikit baki santan tadi jika perlu (jika anda rasa pulut terlalu kering).
7. Setelah masak boleh la dihidang bersama kari/rendang/kerisik atau bole dimakan begitu sahaja.

2017:
 


1st trial 28 Dec 2013:
Periuk kera yang dah bersih dicuci dan pulut yang direndam

 Pulut yang dah dimasukkan dalam periuk kera

 Masukkan santan dan stim

Dah siap

Nota:
* saya buat versi yang kosong sebab anak-anak gemar makan yang kosong.  Anda boleh juga tambah inti seperti sambal udang kering atau kacang tanah.
* saya guna pulut lembut bario, jadi saya cuma perlu rendam selama beberapa minat sahaja.  Jika anda guna pulut biasa, rendam dulu paling kurang selama 1 jam dan masukkan ke dalam periuk kera sehingga setengah penuh.
* cara makan sama seperti lemang atau ketupat.

November 3, 2010

Ketupat Pulut Bersantan

bahan-bahan:
2 cawan beras pulut (pulut susu) - basuh dan rendam semalaman
6 cawan santan (1 biji kelapa)
garam secukup rasa
kelonsong ketupat


Cara:
1. Toskan pulut dan masukkan dalam kelonsong sehingga paras 1/2 dari kelonsong ketupat.
2. Panaskan santan, daun pandan dan garam sehingga mendidih.
3. Masukkan ketupat yg berisi beras dan kacau sekali sekala.
4. Biarkan sehingga santan kering dan angkat ketupat dari periuk dan gantungkan. Santan kering akan kelihatan di kelonsong ketupat, jangan basuh untuk mengelak ketupat daripada basi.
5. Bila dah sejuk, potong dan hidang bersama rendang, serunding atau kuah kacang.

July 9, 2008

Pulut Durian

Bahan-bahan (untuk 4-6 orang)
  • 1 cawan pulut
  • 1 kotak santan
  • 2 cubit garam
  • Gula melaka (saya guna sedikit gula apong dan 1 sudu gula putih)
  • Daun pandan
  • 1 biji durian

Cara-cara
  • Untuk Pulut - kalau nak kukus kena rendam 3 jam atau semalam terlebih dahulu. Saya guna pulut Bario (pulut lembut) jadi saya masak seperti beras biasa dengan air, sedikit santan, secubit garam dan daun pandan.
  • Kacau pulut tu masa dah nak masak untuk memastikan santan benar-benar bercampur, kalau pulut agak kering, boleh tambah sedikit air lagi.
  • Untuk pengat/kuah santan - masukkan sedikit air ke dalam periuk kecil bersama gula, daun pandan dan secubit garam, kalau dah mendidih boleh la masukkan santan.
  • Kalau nak masukkan sedikit durian ke dalam kuah tu pun boleh (saya tidak).
  • To serve - letak pulut dalam pinggan bersama 2-3 ulas durian, siramkan dengan sedikit kuah santan tadi.
Selamat menjamu...sedap...