Title and enclosure links Enable link options in post editor General Use Blogger draft Edit Profile View profile

August 8, 2011

Bubur Pedas Sarawak

Ini makanan wajib masa bulan puasa kat Sarawak, kalau pandai buat, cukup rempah, cukup pekat memang sedap giler, boleh dimakan bersama nasi himpit, tapi saya suka makan begitu sahaja.

Bubur ni nama jer bubur pedas, tapi rasa nya takde la pedas mane, cuma rasa panas-panas lada tu j
e.

BAHAN
  1. *1 paket pes bubur pedas (dicampur dengan sedikit air)
  2. 3 ulas bawang merah (ditumbuk)
  3. 2 ulas bawang putih (ditumbuk)
  4. Cili (ditumbuk)
  5. Udang kering (ditumbuk)
  6. Sedikit udang segar, ayam/daging
  7. Jagung muda
  8. Kacang panjang
  9. Kentang
  10. Carrot
  11. Cendawan hitam kering
  12. 50 gm fo chu campuran (suun, bunga lily, fo chu kering, cendawan halus - direndam lembut dan dihiris)
  13. Santan
  14. Daun kunyit
  15. **Daun singkil/daun bebaus
  16. Bahan Extra - Daun cangkuk manis, rebung, mee soo hoon
CARA:
  1. Tumis bahan-bahan yang ditumbuk.
  2. Masukkan daging/ayam
  3. Masukkan pes bubur pedas
  4. Masukkan sayur yang telah dipotong kecil dan fo chu
  5. Masukkan udang segar
  6. Masukkan santan, garam dan daun kunyit & daun singkil @ daun bebuas
Optional:
Boleh campur creamer or susu cair mengikut selesa masing-masing.
* sila rujuk recipe pes bubur pedas sarawak di sini.
* pes bubur pedas segera boleh juga dibeli di sini.
** Ramai yang tak tau rupa
daun singkil/daun bebaus ni. Orang jawa gelar duan ni daun Singkil, nanti kita akan upload gambar daun ni okey..

2 comments:

Rose world said...

Ashamed to say, I haven't try this porridge before. Lol!

Ezvina said...

it's a must try :)