Title and enclosure links Enable link options in post editor General Use Blogger draft Edit Profile View profile

November 14, 2019

Kek Lapis Cheese Bintik


Bahan-bahan
  • 500g mentega (anchor)
  • 400g Cream Cheese (anchor, jangan lebih, kurang boleh 300-400g)
  • 120g gula halus
  • 1 (50g) sudu makan ovalet 
  • 10 biji telur gred A
  • 1 (388g) tin kecil susu manis 
  • 1/2 cawan whipping cream (value pride, murah dan sedap, boleh simpan dalam freezer)
  • 90g Horlick
  • 280g Tepung Hong Kong (sesuai untuk Pau/cake)
  • 100g tepung biskut cheese
  • 1 sudu makan gliserin (optional, untuk lebih moist)
  • Pewarna putih
  • 4 sudu makan strawberry filling + 4 sudu makan tepung jagung
  • 4 sudu makan kiwi filling + 4 sudu makan tepung jagung
  • 4 sudu makan blueberry filling + 4 sudu makan tepung jagung
  • 4 sudu makan mango filling + 4 sudu makan tepung jagung

Cara-cara
  1. Pukul mentega, gula, ovalet dan cream cheese sehingga kembang dan sebati.
  2. Masukkan telur satu persatu, putar sehingga sebati.
  3. Masukkan susu manis, horlick, tepung Hong Kong, dan Gilserin, gaul sebati.
  4. Masukkan pewarna putih dan gaul sebati.
  5. Ambil 5 sudu makan atau sesenduk dan tuang dalam acuan 9x9 dan paipkan strawberry filling dan bakar menggunakan api atas sahaja.
  6. Bakar sehingga masak dan tuang lagi adunan dan ulang menggunakan filling seterusnya.
  7. Ulang sehingga habis.
  8. Sejukkan sebelum dipotong. 

2 comments:

Unknown said...

Tepung biskut cheese tu apa? Brand apa?

Ezvina said...

Ada dijual di kedai bahan kek.